"Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya. Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu. Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya." (At-Thalaq:4-5)

01 May 2011

Tinggal Solat Pada Hari Bahagia

Salam,


Artikel2 yang sy post ni sy ambik daripada banyak sumber..sebabnya sy dah lama la jugak terfikir pasal hal ni..maksudnya tiap kali walimatul urus berlangsung..nak tulis pendapat sendiri tentang permasalahan ni, sy tak berapa pandai nak wat ayat..so, sy cari artikel2 sesuai dan sy paste kan saja di sini..sy yakin, memang ramai sgt yg akan mengabaikan solat..especially bagi pihak2 yg terlibat secara langsung dalam majlis tersebut..walaubagaimanapun, sy post kan artikel ni bukanlah berniat untuk mengata sesiapa, tetapi sekadar renungan dan peringatan kepada diri sendiri dan semua yang membaca nota ini..harap ia memberi manfaat yang berganda kepada semua..insyaallah..



Artikel 1

saya terkilan dengan apa yang berlaku pada suatu peristiwa yang saya alami.. peristiwa itu apabila saya menghadiri satu majlis perkahwinan. saya sempat berada di majlis itu sepanjang hari kerna menemani kawan saya ketika itu. saya melihat si penganti... wah hebat pakaiannya dan make upnya. bagai raja2 yang baru nak di tabalkan. pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan pada jam 1.00 tengah hari. azan zohor masih lagi tak berkumandang. majlis pun bermula dengan persembahan silat yang amat memukaukan saya. sebab saya pun ahli silat gak. tapi masa sekolah menengah dulu la..

selepas itu berlangsung lah adab menepur tawar kat pelamin tu.. majlis itu berlangsung lah sehingga lewat petang. namun saya melihat pengantin lelaki dan perempuan duk sibuk bergambar. pelayan-pelayan tetamu pun sibuk melakukan kerja masing-masing. saya bertanyakan kawan saya, pengantin dah solat ke? pekerja ni solat dah? kawan-kawan saya cakap belum.. azan asar pun berkumandang. maka terlepas lah solat-solat mereka.. Asstagfirullah..



Artikel 2

Di sini, saya nak keutarakan masalah meninggalkan solat pada hari perkahwinan. Fenomena ni saya lihat berlaku di mana-mana sahaja, malahan ada di kalangan sanak-saudara sendiri yang meninggalkan solat pada hari pertama memikul amanah sebagai seorang suami/isteri.

Antara solat yang paling popular ditinggalkan pada hari perkahwinan adalah solat zohor. Bukan berlaku pada orang kebanyakan sahaja, malahan ustaz ustazah juga ada yang kecundang kerana tidak memikirkan perkara ini dan seterusnya terperangkap dalam kesibukan.

Antara sebab-musabab solat sengaja ditinggalkan adalah:


1) Terlalu sibuk melayan tetamu

2) Jadual yang padat dari waktu tengah hari hingga petang (sanding, gambar, makan, etc3)

3) Sayang nak tanggalkan solekan sebab dah berjam-jam ditenyeh-tenyeh mak andam kat muka.


Kebiasaannya waktu majlis bermula antara jam 11 - 12 pagi hingga 4 - 5 petang. Bagi pengantin perempuan, mak andam akan tiba pada jam lebih kurang 10 pagi untuk memulakan sesi menyolek. Takkan masuk waktu zohor, nak tanggalkan solekan, lepas solat nak solek balik? Leceh la kan?

Jadi, apakah kita akan terus membiarkan fenomena ini berlaku pada diri kita (pada yang masih bujang) atau berleluasa di kalangan keluarga dan teman-teman? Sudah tentu tidak.

Ada orang berpendapat, mereka boleh melakukan solat jamak (gabung antara dua solat) kerana darurat. Ada juga yang berpendapat tidak boleh jamak.

Bagi pihak lelaki, mungkin mudah untuk mereka bersolat. Tapi pihak perempuan pula yang susah nak solat dan suami hanya membiarkan sahaja. Pada hemat saya, lelaki sebegini telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami pada hari pertama perkahwinan mereka kerana lalai dalam merancang waktu solat mereka.



***



Situasi2 yg sy nyatakan dlm kedua2 artikel di atas mmg selalu terjadi dlm masyarakat kita..sy setuju sgt dengan apa yg ditulis oleh penulis2 artikel tersebut..jadi, apa kata kita baca kisah ini sebagai peringatan kita bersama..



BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadul Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya:


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya.



***



Jadi, kita kena la fikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan daripada terjadinya hal seperti ini..sy cadangkan beberapa solution..antaranya:

  1. Awalkan majlis bersanding dll..contohnya, majlis bersanding selalunya berlangsung sekitar jam 1.30 tengahhari..jadi, sudah tentu solat zohor akan ditinggalkan kerana pengantin sibuk dengan pelbagai adat isitiadat seperti merenjis dsb..so, apa kata awal kan majlis tu ke pukul 11 pagi ke..dgn itu, akan ada lebih byk masa utk bersanding, bergambar, makan beradab dsb..erm..cakap mmg senang kan..tp kalau anda bertegas dlm soal ini..sy pasti, semuanya akan berjalan lancar..memang benar perkahwinan hanya sekali seumur hidup..tapi cuba bayangkan kalau selepas majlis, ajal datang menjemput..tak guna lagi disesalkan sebab semua yg terjadi adalah daripada kesilapan diri sendiri..sesungguhnya yg baik itu datangya dari Allah, dan yang tidak baik tu semuanya datang dari diri sendiri..
  2. Cadangan yang kedua ni adalah untuk memudahkan pengantin perempuan khususnya..rancanglah majlis anda pada hari anda datang bulan..jadi, anda tak perlu risau untuk menanggalkan seketika solekan dsb..kedengaran agak tak berapa sopan di sini, tapi ini juga salah satu cara yang boleh digunapakai utk mengelakkan anda daripada meninggalkan solat kerana pada waktu itu anda memang haram untuk bersolat..

sy rasa cukuplah sy utarakan 2 cadangan..selebihnya, fikir2kanlah sendiri kerana sy pasti kita semua diberi akal fikiran yg matang untuk berfikir..

Sesungguhnya yg baik itu semuanya datang daripada Allah..dan yang buruk itu dtgnya daripada kelemahan sy sendiri..

Waalahua'lam.

3 comments:

animed said...

Good article sha. Imm pun baru ja sudah kenduri kahwin adik belah family imm. Saudara-mara mungkin ada yang musafir dari jauh, so dibolehkanlah untuk solat jamak. Tapi bagi yang dekat,cadangan imm pihak tuan rumah kena sediakan bilik sembahyang dalam rumah/dewan untuk tetamu/penanggah. Pastu dj buat la pengumuman sapa2 nak solat, boleh masuk dlm rumah. Tanggungjawab tuan rumah la kan pastikan org yg hadir sembahyang. Baru berkat majlis tu kan.

nik said...

dah lama nik nak cari artikel pasal issue nih..sebab terpikir jugak kenapa majlis bersanding selalu org buat dekat waktu zohor..bukan sahaja pengantinm tetamu pun ada jugak skip solat

MrsIS said...

imm & nik: selepas setahun br sy publish komen korang..biasela..ikut mood kalo on9 ni..kalau dah sampai setahun baru nak publish..tu maknanye mood dah memang kelaut artik..tq korg support artikel ni..semoga dpt djadikan pedoman..insyaallah