"Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya. Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu. Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya." (At-Thalaq:4-5)

01 May 2011

Tinggal Solat Pada Hari Bahagia

Salam,


Artikel2 yang sy post ni sy ambik daripada banyak sumber..sebabnya sy dah lama la jugak terfikir pasal hal ni..maksudnya tiap kali walimatul urus berlangsung..nak tulis pendapat sendiri tentang permasalahan ni, sy tak berapa pandai nak wat ayat..so, sy cari artikel2 sesuai dan sy paste kan saja di sini..sy yakin, memang ramai sgt yg akan mengabaikan solat..especially bagi pihak2 yg terlibat secara langsung dalam majlis tersebut..walaubagaimanapun, sy post kan artikel ni bukanlah berniat untuk mengata sesiapa, tetapi sekadar renungan dan peringatan kepada diri sendiri dan semua yang membaca nota ini..harap ia memberi manfaat yang berganda kepada semua..insyaallah..



Artikel 1

saya terkilan dengan apa yang berlaku pada suatu peristiwa yang saya alami.. peristiwa itu apabila saya menghadiri satu majlis perkahwinan. saya sempat berada di majlis itu sepanjang hari kerna menemani kawan saya ketika itu. saya melihat si penganti... wah hebat pakaiannya dan make upnya. bagai raja2 yang baru nak di tabalkan. pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan pada jam 1.00 tengah hari. azan zohor masih lagi tak berkumandang. majlis pun bermula dengan persembahan silat yang amat memukaukan saya. sebab saya pun ahli silat gak. tapi masa sekolah menengah dulu la..

selepas itu berlangsung lah adab menepur tawar kat pelamin tu.. majlis itu berlangsung lah sehingga lewat petang. namun saya melihat pengantin lelaki dan perempuan duk sibuk bergambar. pelayan-pelayan tetamu pun sibuk melakukan kerja masing-masing. saya bertanyakan kawan saya, pengantin dah solat ke? pekerja ni solat dah? kawan-kawan saya cakap belum.. azan asar pun berkumandang. maka terlepas lah solat-solat mereka.. Asstagfirullah..



Artikel 2

Di sini, saya nak keutarakan masalah meninggalkan solat pada hari perkahwinan. Fenomena ni saya lihat berlaku di mana-mana sahaja, malahan ada di kalangan sanak-saudara sendiri yang meninggalkan solat pada hari pertama memikul amanah sebagai seorang suami/isteri.

Antara solat yang paling popular ditinggalkan pada hari perkahwinan adalah solat zohor. Bukan berlaku pada orang kebanyakan sahaja, malahan ustaz ustazah juga ada yang kecundang kerana tidak memikirkan perkara ini dan seterusnya terperangkap dalam kesibukan.

Antara sebab-musabab solat sengaja ditinggalkan adalah:


1) Terlalu sibuk melayan tetamu

2) Jadual yang padat dari waktu tengah hari hingga petang (sanding, gambar, makan, etc3)

3) Sayang nak tanggalkan solekan sebab dah berjam-jam ditenyeh-tenyeh mak andam kat muka.


Kebiasaannya waktu majlis bermula antara jam 11 - 12 pagi hingga 4 - 5 petang. Bagi pengantin perempuan, mak andam akan tiba pada jam lebih kurang 10 pagi untuk memulakan sesi menyolek. Takkan masuk waktu zohor, nak tanggalkan solekan, lepas solat nak solek balik? Leceh la kan?

Jadi, apakah kita akan terus membiarkan fenomena ini berlaku pada diri kita (pada yang masih bujang) atau berleluasa di kalangan keluarga dan teman-teman? Sudah tentu tidak.

Ada orang berpendapat, mereka boleh melakukan solat jamak (gabung antara dua solat) kerana darurat. Ada juga yang berpendapat tidak boleh jamak.

Bagi pihak lelaki, mungkin mudah untuk mereka bersolat. Tapi pihak perempuan pula yang susah nak solat dan suami hanya membiarkan sahaja. Pada hemat saya, lelaki sebegini telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami pada hari pertama perkahwinan mereka kerana lalai dalam merancang waktu solat mereka.



***



Situasi2 yg sy nyatakan dlm kedua2 artikel di atas mmg selalu terjadi dlm masyarakat kita..sy setuju sgt dengan apa yg ditulis oleh penulis2 artikel tersebut..jadi, apa kata kita baca kisah ini sebagai peringatan kita bersama..



BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadul Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya:


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya.



***



Jadi, kita kena la fikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan daripada terjadinya hal seperti ini..sy cadangkan beberapa solution..antaranya:

  1. Awalkan majlis bersanding dll..contohnya, majlis bersanding selalunya berlangsung sekitar jam 1.30 tengahhari..jadi, sudah tentu solat zohor akan ditinggalkan kerana pengantin sibuk dengan pelbagai adat isitiadat seperti merenjis dsb..so, apa kata awal kan majlis tu ke pukul 11 pagi ke..dgn itu, akan ada lebih byk masa utk bersanding, bergambar, makan beradab dsb..erm..cakap mmg senang kan..tp kalau anda bertegas dlm soal ini..sy pasti, semuanya akan berjalan lancar..memang benar perkahwinan hanya sekali seumur hidup..tapi cuba bayangkan kalau selepas majlis, ajal datang menjemput..tak guna lagi disesalkan sebab semua yg terjadi adalah daripada kesilapan diri sendiri..sesungguhnya yg baik itu datangya dari Allah, dan yang tidak baik tu semuanya datang dari diri sendiri..
  2. Cadangan yang kedua ni adalah untuk memudahkan pengantin perempuan khususnya..rancanglah majlis anda pada hari anda datang bulan..jadi, anda tak perlu risau untuk menanggalkan seketika solekan dsb..kedengaran agak tak berapa sopan di sini, tapi ini juga salah satu cara yang boleh digunapakai utk mengelakkan anda daripada meninggalkan solat kerana pada waktu itu anda memang haram untuk bersolat..

sy rasa cukuplah sy utarakan 2 cadangan..selebihnya, fikir2kanlah sendiri kerana sy pasti kita semua diberi akal fikiran yg matang untuk berfikir..

Sesungguhnya yg baik itu semuanya datang daripada Allah..dan yang buruk itu dtgnya daripada kelemahan sy sendiri..

Waalahua'lam.

17 February 2011

A, B, C...???

salam..

ABC..? baru nak belajar membaca ke? taklaa..sy 'wakilkan' ABC sebagai tajuk utama tentang apa yg sy nak tulis..A ialah kesukaan sy..begitu jugak dgn B..& sama jugak dgn C..

A : sy sukakan A sejak dari zaman sekolah lagi..tp sy tak dpt A..erm sy rasa sebab salah sy & mungkin dah takdir..jadi, sy pun tak dapatla A..senang je jawapannye..

B : sy baru je lagi sukakan B..agaknye selepas dah bertahun2 sy tinggalkan alam sekolah..tp sy tak fikirkan sgt pasal B..sy fikir biarlah dulu..bukan masanya lg..

C : sy suka jugak pada C..nak kata lama, takla lama sgt, & nak kata baru..pun takla baru sgt..tapi macam B jugak..sy biarkan dulu C..sy tak fikir sgt pasal C..

*****

Masa pun berlalu..lame tau masa yg sy nak gambarkan ni setelah sy melalui bermacam2 perkara..tiba2 C dtg semula..erm seingat sy dlm 3 tahun yg lepas..C dtg sekejap2 pada sy..sy lak macam endah tak endah je..maklumlaa..sy dah ada yg lain kan..memangla sy dah ada yg lain masa tu..tp sy masih ragu2, was2 mungkin..ermm..lantakla..tp dalam ati ni rasa semacam je..setan ke ni? iblis ke? jin ifrit? huh..memang byk setan sungguhlaa..ape ni..argh..sy tak endahkan..bace bismillah byk2 k..

dalam 2 tahun ni sy berjaya melupakan C..tapi sekarang C dtg lagi..sebelum C dtg, sy terlebih dahulu mencuba B..tapi B tak kekal lama dalam jiwa sy..sy tekad memilih C..sy berusaha untuk bersama dgn C..& sekarang pun sy tgh berusaha bersungguh2 untuk bersama dgn C..kadang2 rasa jugak goyah..yela..bila tgk org lain kan..huh..sy tetap cuba untuk persetankan semua itu..rasa macam mau mengamalkan dasar tutup pintu..tp tutup pintu untuk seketika sampaila sy yakin bahawa telah sampai saatnya sy akan membuka pintu semula agar byk cahaya terang yg boleh masuk ke dalam rumah sy..

sebelum cahaya yg byk tu masuk ke dalam rumah sy..sy yakin dan tau sgt dah..pasti byk lingkaran api yg dtg menyerang sy..sy tak pasti samada lingkaran api ni boleh menyebabkan sy jatuh sakit atau x..tp yg pastinya lingkaran api ni pasti boleh menggoyahkan jiwa dan menyakitkan telinga sy..yup..itu sy tau..sy tak pasti bila lingkaran api itu akan menyerang sy..tp lambat laun pasti akan dtg jugak..haih..seboleh2nya sy harap ia takkan dtg agar sy dapat hidup dgn lebih aman & tenteram..

C..sy harap C akan terus kekal bersama sy..sy suka C..tp org lain boleh menghalang..kuman pun boleh menghalang kan..hurm..sy berdoa semoga C terus di samping sy..sy berusaha untuk C..sy jeles gak bile tgk org lain dgn C mereka..sy masih merangkak2 dgn C sy..sy yakin..tp dalam yakin tu ttp ada was2..haih..

sy mohon Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa serta Maha Kuasa dan Maha Bijaksana Tuhan sekelian alam agar meredhai sy dalam kehidupan yg singkat ini agar sy terus terbimbing dalam landasan yg betul kerana sy hanyalah insan kerdil di sini..

p/s: abaikan unsur2 puitis ke atau bahasa2 yg tiba2 je ala2 sasterawan dalam entri ni k..sebabnye entri ni sy tak ceritakan apa yg sy fikirkan ni secara tersurat..sy lebih senang utk tulis secara tersirat maksudnya..=)

sekian.

10 January 2011

Mari2 tengok iniiiii.....

bunga apa ini..tulip ka?..huhu..batangnye tak sama lebar..tapi..ok laa...=p

LUV yg tak berapa center..erm..bolela..

ini 'S'..sempena diri saya..=)

hati biru..erm..nampak mcm kosongla pulak..deco tak banyak sgt..

setambun bunga..

topi ala2 omputih..

jambangan ros pink..

riben pink..sebenarnya kaler dia lg pink..tp sebab kene cahaya kot..jadi pudar sket..n sebenarnya riben tu gelembung sket masa mula2 buat..bila dah lama2, dah nampak macam nak layu..

A dan adik2 bunganya..

adaptasi dari bunga dalam frame yg tergantung kat dinding..


Nota kaki: hasil kerja yg biasa je..masih banyak yg perlu belajar..ni pic fondant cupcake..nanti sy tunjuk yg buttercream lak..yg krim ni lagila biasa2 yg amat sgt..hehe..tak caye?tgkla nanti yek..













08 January 2011

Cupcake dan baju kurung

sebenarnya dah lama nak upload pic cupcake yg saya wat..tapi tak upload2..saya wat 2 jenis..buttercream dan fondant cupcake..erm..sebenarnya saya sgt2 amatur lagi..haha..tapi saya suka wat fondant daripada buttercream..buttercream lecehla..dgn minyaknye kan..tapi bagi sape yg berminat..seme tu tak menjadik kudis buta la kan..saya suka fondant sebab nak design dia senang sket..guna acuan n kaler2 jer..buttercream pun guna gak seme tu..tapi nak kena guna macam2 jenis nozzle..huhu..tu yang leceh..saya ni kan budak baru belajar..tu susah sket kot..
kalau fondant ni..banyak main dengan gula icing..jadi meleket sketla..better meleket dari berminyak..bagi saya la kan..hehe..tapi saya rasa mungkin bahan2 nak buat tu sedikit mahalla..lagipun saya sebenarnya masih ada sket keraguan pada bahan2 yang digunakan untuk membuat fondant ni..contohnya gelatin..memang ada gelatin yang halal..tapi kalau gelatin tu dibeli di kedai yang bukan muslim..adakah terjamin kehalalannya?lagi satu..kalau beli bahan2 nak buat kek ni..tak semua bahan yang dijual tu ada tanda halal walaupun ia hanyalah serbuk vanila..jadi, sedikit sebanyak keinginan nak terus buat tu macam kureng sket..hehe..padahal malas sebenarnya..haha..

pe cite dengan baju kurung?erm..setakat ni saya baru abes potong 5 kain pasang untuk dibuat baju kurung..tapi saya belum menjahitnya lagi..ada lagi 2 kain pasang yang belum digunting..hurm..saya berazam untuk buat yang terbaik! YESS!!..mesti..!tidak boleh tidak!wat baju kurang leceh berbanding buat kuih..haha..sebab kos nya jauh lebih murah..=)

jadi, saya akan siapkan baju2 saya!..kalau baju2 saya dah siap..saya akan jahit baju kakak saya lak..kalau boleh..& pandai wat baju melayu..saya nak buat baju melayu untuk kaum2 lelaki dalam keluarga saya..huh..besar sungguh cita2..hehe..amin..kenela belajar dulu kan...semoga saya terus bersemangat..yay!nanti dah siap saya ingat nak upload hasil keje saya..=p

tunggulaa...lambat sketla tapi..hehe..

oops..pic cupcake takleh di upload wat masa ni..kamera tertinggal kat umah..=(

Tok..tumpang lalu..

yes..blog saya dahde errr...ape tuh..erm..feed..feed ape ek..(adoi..tok..cucumu ni cepat lupe)..feed ape tu yg saya ambik dari cipah nye blog..kan dah tak ingat..sebab mase taip ni saya tengah lapar..jadik cepat tak ingat..saya lebih ingat food sebenarnye..hehe..ala..yang ade trafik2 tu..he..nampak sungguh ketinggalan jaman saya ni tok..

pastu saya dah melangkah maju setapak ke depan lagi pada tahun baru ni..saya dahde EASYCOUNTER..heh..dengan banggenye saya..walaupun yg asyik visitnye ialah saye aje..hahaha..hehe..pun saya tengok2 dari cipah nye gak..erm..ade lagi saya nak letak..tapi takutla lak..iaitula dia nuffnang tu..nak letak..tapi dah jadik kebiasaan..bile nampak je duit2..trus jadik takut..haha..takut tak pasal2 kene bayar..tapi rasa cam takdak kene bayaran..tapi still takut gak selagi tak tanya kepada yg pakar..nak tanye nik..tapi nik tak online memalam gini..gamaknye dia sebuk memasak kat dapur kot..urm..nik..kalo terbaca entri ni silela komen yek..huhu..saya ni ya ampun..dhoif....semenjak tak duk bersama dalam 1 bilik & 1 kelas ni..saya jadi begitu tak terer IT..kalo tak..saya pun tergolong antara yang terer gak..errr..terer ke belakangla tapi..hehe..

xdak pape pun nak tulih sgt disaat perut tgh lapar giler ni..erm lately saya memang sokmo lapar tak mengira masa..macam tong sampah..huh..tadi baru makan anggur hijau..kan dah lapar semula..saya dah siapkan stok roti dan minuman utk dimakan sebelum tdo in case kalau2 jadik macam malam semalam..lapar sampai takleh tidur..sib baik mamee ade..saya pun krup krap krup krapla makanan tu atas katil sambil baring..sungguh tak senonoh..nampak gayenye simptom yang sama masih berulang malam ini..hurm...peliks...misteri..

****

setakat perkataan 'misteri' kat atas, sebenarnye saya dah publish pun post ni..tapi saya edit semula sebab tiba2 saya nampak..'a visitor from NEW YORK!'...huh...ade gak weh org tengok waima die tak paham sepatah haram kejadah menatang yang saya tulis dalam ni..huh..kenapa tiba2 bahasa jadik kasar?huh..mungkin excited!