cerita ini adalah cerita sebenar..tapi telah disesuaikan untuk tatapan pembaca2 veteran yang berumur 25 tahun ke atas..=)
mereka semua panggil saya cikgu..ada yang nampak macam tak betul, tapi bukan gila..ada yang nampak macam betul, tapi pun bukan gila gak..hmm..camne tuh?
ceritanya biasa2 saja..saya suka bergurau dengan mereka..saya jadi terhibur kalau bergurau dengan mereka..saya suka mereka walaupun ada yang pernah cakap sambil menyanyikan lagu riang seperti ini..."cikgu bodo-bodo" atau ini "cikgu shetan-shetan" atau ini "iblih (iblis)" atau macam2 lagilah..tapi, saya tak pernah terasa hati sebab saya tau, dia tak maksudkan apa yang dia cakapkan tu..tapi saya jadi marah kalau orang yang tak kenal dia menuduh yang bukan2 pada dia..ada yang cakap sebab dia dimanjakan..sebab tu dia jadi macam tu..tapi bagi saya, dia tak tau apa yang dia buat sebenarnya..akal dia tak sama dengan keupayaan akal kita yang hebat sangat ker ni?hmm..saya rasa macam tak best kalau dia takde..walaupun dia tak pernah duduk diam..dan pernah hampir pukul saya sebab saya sorok beg dia lantaran 'kedegilan' dia..tapi saya tak kisah..heheh...saya suka cakap2 dengan dia dan ambil gambar dengan dia..dia jujur..dia tak pandai menipu..walaupun kadang2 perkataan yang keluar dari mulut dia agak kurang asam jawa dan asam kepingnya..haha..dia susah dikawal..aktif sungguh walaupun di bulan puasa..dia tak pernah tidur di siang hari..hmm..hebat gak tuh..tapi dia takut kucing dan hantu..walaupun hantu tu sebenarnya datang dari mulut saya yang jahat ni..kan saya suka ngusik..hehe..kadang2 saya buat bunyi kucing..konon..nak suh dia takut..tapi memang dia takut pun..haha..riang hatiku melihat dia ketakutan begitu..kehkehkeh..jahat sungguh saya..untuk mengawal dia..saya suka cakap kat tempat2 yang dia nak pergi tu sebenarnya ada hantu setan atau pocong kat situ..tapi...penipuan itu cuma berkesan untuk beberapa minit sahaja..haha..
***
dia comel..putih dan mulus kulitnya..dia selalu cakap sorang2..mula2 saya kenal dengan dia, saya sangat kagum sebab saya tak pernah jumpa orang macam dia..saya rasa, dia akan membesar sebagai seorang manusia yang takde dosa..hmm..tapi semua manusia melakukan kesilapan..dosa yang saya maksudkan ialah macam dosa mengumpat..hehe..sebab realitinya, orang macam dia tak perlukan kawan pun takpe..sebabnya, dia hidup dalam dunia dia sendiri..tapi ada gak part2 yang membuatkan saya kadang2 geram dengan dia..tapi, sebenarnya saya tak salahkan dia sebab memang dah dia macam tuh..saya masih ingat ini.."elizabeth, nora salma liyana, jus segar, bapa borek anak rintik, dan macam2 nama khayalan dan imaginasii dia.."......hmmm...itulah dia si autisme..
***
kadang2 dari "barat" menjadi "darat"..selalunya macam tulah..walaupun mata dia saya nampak macam ok, tapi tahla..memang ada satu ketakbetulan yang dilihat dengan matanya..dia tak pandai sangat pun..nampak selekeh je..dia kalau mengamuk memang tak ingat dunia..habis semua benda dibalingnya..memang naik hantu lah..saya jamin, kalau dia tengah mengamuk, agaknya VVIP atau VIP pun berani diterajangnya..huhu..ganazzz dan rock budak ni beb...haha..tapi dia sebenarnya mendengar kata...tapi jangan dimanjakan sangat..heheh..
***
sekali saya tengok dia nih..saya teringat cerita "si belanga" dalam buku teks bahasa melayu darjah 5 kita dulu..tapi xtaula korang ingat lagi ke tak..mula2 saya cam tak berapa nak bergaul sangat dengan dia sebab dia macam senyap dan taknak bercakap sangat..tapi lama2 saya ok dengan dia..siap gurau2 ngade lagi dengan dia..haha..dia ni macam doraemon laa...saya geram..rasa nak cubit2 je..
***
dia pelat..saya suka gak gurau dengan dia..suatu hari..
dia: cikgu, ni apa? (sambil menunjukkan sebatang pensil)
saya: emm...buku.. (saya dengan spontan dapat idea nak jawab macam tu..hehe..kan saya suka bergurau)
dia: cikgu, ni apa? (sambil menunjukkan gunting)
saya: beg (sekali lagi saya jawab macam tu sambil tersenyum kat dia)
kemudian, tak lama selepas itu, tiba pulak giliran saya nak main2 dan saja buat2 tanya dengan dia..saya nak tengok respon dia macamana..
saya: ni apa? (sambil menunjukkan gunting)
dia: emmmmmm....kapal terbang (sambil tersenyum)
saya: ni apa? (sambil menunjukkan pisau)
dia: emmmmm....kereta api...(sambil tersenyum lagi)
dan saya pun tersenyum sambil dalam hati berkata "pandai gak budak ni catch up lawak aku walaupun aku tak ajar teori, haha..)
tapi, di akhir 'pengajaran' saya itu, saya segera memberitahu kepadanya tentang jawapan yang yang harus dan tidak harus dijawab..hehe..saya tak membiarkan ajaran sesat itu berlarutan..hehe...
sekian, terima kasih
=)
No comments:
Post a Comment