Teringat dulu2...sy suka dgr nasyid..antara kumpulan yg menjadi pilihan mestilah kumpulan inteam..sebab masa tu zaman budak2 lagi..muda remaja..inteam pun muda remaja lagi kan masa tu..hehe..memangla sy suka dgr nasyid..tp tak semuanya sy suka..kalau melodinya sedap..maka lagu tu lah yg akan menjadi pilihan sy..selain inteam, sy gak suka dgr lagu tajuk 'Sendiri' dari kumpulan Saujana..sy penah beli kaset UNIC masa belajar dulu..tapi tah ke mana hilangnya kaset tu..lgpun walkman dah rosak..tak leh dah nak pakai kaset tu..sebut pasal UNIC ni..sy suka sgt dgn lagu ni..tajuknya 'Sebuah Pertemuan'...sy suka melodinya..liriknya..sy rasa lagu ni dah lama sebenarnya..tp sy baru tau lagu ni pun baru je..dalam sebulan dua ni..tu pun lepas sy tengok video kenangan anak saudara sy kat facebook dia..masa sy tgk video tu..sy tak tau lagi apa tajuk lagu tu..tp sy tau lagu tu dari kumpulan UNIC..sy pun trus gooooooooooogle...akhirnya jumpa..legaaa...^_^
setakat ni la sy tak penah jemu lagi dengar lagu ni..rasa menenangkan gak bila dgr lagu ni..bagi sy la kan..bagi org lain tak taula..kita ni kan lain2..taste lain2..hehe..rasa susah ati..walaupun tak sesusah mana..sy dgr lagu ni..rasa gundah gulana..walaupun tak segundah mana..sy dgr lagu ni..rasa nak menyendiri..walaupun tak berapa nak sendiri..sy dgr lagu ni..hmm...nampaknya lagu ni benar2 melekat kat dalam jiwa sy..hurm...
ok la..ni la nasyid kegemaran sy skang..dipersembahkan lirik sahaja..Sebuah Pertemuan oleh UNIC...
SEBUAH PERTEMUAN
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
No comments:
Post a Comment