"Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya. Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu. Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya." (At-Thalaq:4-5)

09 March 2009

Kena tagged lagi...part 2

Salam semua,

Entry kali ni ditulis dengan fikiran & perasaan yang kosong..xtau ape yg aku fikir, tp sebenarnye banyak yg aku fikir..ape yg aku fikir tu sememangnya banyak waima xla sampai berjaya menyakitkan kepala, serebrum, medula oblongata dan lain-lain urat saraf yg ade dlm otak aku..dan skali lagi ingin dijelaskan bahawa apa yg aku fikir tu umpama gumpalan wayar-wayar halus yg berselirat. Bila dah berselirat, jadila kusut..agaknyelaa...aku main agak je..bunyi macam kronik je..tp xdela sekronik & sedahsyat mana pun..dalam erti kata lain, semua ayat kat atas tu cuma bertindak sebagai MSG (monosodiumglutamat) atau sebagai bahan perasa tambahan tuk menyedapkan jalan cerita yg akan aku tulis nanti..

Bermula dengan idea yg kosong, lama-kelamaan..tgn makin rancak mengetuk keyboard akibat disuruh oleh otak yg tiba2 dikejutkan oleh beberapa mentol lampu ajaib yg jugak tiba2 menyala tanpa disuruh oleh sesiapa pun..dalam entry lepas, aku dah bagitau yg aku akan sambung beberapa lagi points yg sempat aku dapat dari tazkirah free sepanjang aku kt tempat praktikal tuh..ok, skang points tu aku jadikan sebagai points tuk aku bayar hutang tagged aku dengan cipah..harap ko redha dengan cara aku bayar hutang tagged tuh walaupun aku x ikut rules yg dah ditetapkan..heheh..
Skang kita mulakan episod kali ni dengan sebuah cerita yg dah pun terjadi di suatu hari yg agak suam-suam kuku bagi aku, tapi bagi org lain, mungkin hari tu agak hangat, mendung, salju, gerimis, hujan lebat dan lain-lain perasaan yg masing-masing punya hal laa..tanpa berlengah lagi, bermulanya sebuah cerita...

Aku duduk depan En. Fakhrul (bukan nama sebenar) menunggu arahan selanjutnya daripada dia.

“Ok..saya nak awak buat ni dan ini dan ini dan blablablablabla...................”, En. Fakhrul dah start beri kerja tuk aku.

Aku jawab dgn perasaan yg biasa-biasa je, xdela nk marah ke, x puas ati ke or pape negative feeling..so, jawapan aku lebih kurang camnila bunyinye.. “Okey..i’ll try my best..”

Baru je nak angkat buntut nak bangun..tapi x sempat nak bangun lg sebenarnye..tiba2 En. Fakhrul bersuara..

“Awak agak-agak kan, kalau nanti tiba2 awak dapat kerja kebajikan, awak sanggup tak nak buat semua kerja2 ni?”

Erm..aku x jawab lagi..tp soklan tu macam nk menduga jawapan yg akan aku bagi nnt..sambil tersenyum yg x brapa nak menjadi, aku pun jawab dgn perasaan yg berbelah-bagi, “kerja je lah...”

Pendek je jawapan aku..tp sebenarnya aku pun tak brapa nak sure dgn jawapan yg aku bagi tuh..cam ala2 sekadar melepaskan kahak dalam baldi jer..hehe..
Lepas je aku jawab soklan tuh, aku nampak...En. Fakhrul macam x puas ati je dgn jawapan aku..walaupun dia x cakap yg dia x puas ati dgn jawapan aku, tp aku taula..based on body language & facial expression dia..tu seme cukup tuk menggambarkan yg mungkin dia x brapa nak suke dgn cara aku menjawab soklan tuh..Maka bermulalah sesi tazkirah yg x disangka2 tuk aku petang tuh..

“Saya yakin, kalau awak anggap apa yg awak buat skang ni sebagai ibadah, insya-Allah, Allah akan bagi rezeki yg x disangka2 tuk awak. Tapi awak kenela top up dgn amalan lain..contohnya..buat solat hajat & dhuha banyak2..mintak dgn hati yg penuh insaf, tulus, kudus pada Dia..”, En. Fakhrul memulakan sesi petang tu dgn ayat yg tiba2 je membuatkan aku cam sedikit tersentak..cam kena2 je dgn aku..aku pun mula terfikir, “ke dia ingat aku ni x ikhlas buat kerja2 dia?mane de..aku ikhlas je..muke je nmpk sombong..tp ikhlas tau sebenarnye..”

“Awak tau ape tujuan kita buat solat dhuha?” dia tanya aku lagi..

Aku jawab, “sebab nak murahkan rezeki...”, fuhh...sib baik aku tau gak jawapan tuk soklan tu..

“Awak tau apa makna tuk doa yg kita baca selepas solat dhuha?”, dia cuba menduga aku lagi..aku rasalaaa...

Aku pun jawabla lg..“erm tau, tp x brapa nk ingat sepenuhnya..kalau x silap..semoga dicepatkan rezeki dan diberikan kepada kita apa yg Allah berikan kepada hamba2Nya yg soleh..lain2 maksud, sy lupa..”

Haa..En. Fakhrul pun bagitau kat aku maksudnya..aku xla ingat sepenuhnya bulat2 makna yg dia cakap kat aku, tapi tuk pengetahuan korg semua, maksud ayat yg kita baca selepas solat dhuha tu ialah macam ni..bacala sendri..aku dah tulis tuk korg kat bawah nih..

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu ialah waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit turunkanlah ia, jika ia di dalam bumi keluarkanlah ia, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu. Limpahkanlah kepadaku apa yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Aku tiba2 ringan mulut bertanya kat dia, “macam mana caranya kita nak mintak dengan Allah dengan penuh khusyu’ & tawaddu’ tuh? Setakat ni kalau sy la..sy x penah sampai ke tahap macam tu lg kalau nak mintak apa-apa dengan Dia.” Ni semua sebab aku tau, aku ni manusia, bukan insan..insan tu kalau x silap aku, membawa pengertian yg lebih suci berbanding manusia..

“Awak berdoala menggunakan bahasa melayu. Kalau awak guna bahasa arab, mungkin awak x dapat menghayati maksud doa tuh. Kalau awak guna bahasa melayu, awak boleh menghayati kata2 awak sendiri. Kalau boleh, menangislah semahu2nya semasa berdoa tuh..” En. Fakhrul bagi tips kat aku..

Aku termenung jap..sambil dalam ati berkata, “Owh..ok..aku akan cuba....”

Moral ke-4 : buat kerja biarla ikhlas, kerja adalah ibadah, selalu berdoa dengan khusyu’ & tawaddu’, selain berdoa..rajin2 buat solat hajat & dhuha.

******

Nampaknya sesi tazkirah petang tuh berjaya menaikkan motivasi aku yg dah tak nampak batang idungnya sebelum nih..kira ok laa..secara x langsung, dapat membuang tanggapan dan fikiran2 negatif yg ada dalam kepala aku..
Skang aku nak masuk ke point ke-5..kali ni bukan En. Fakhrul yg tanya aku, tapi aku yg tanya En. Fakhrul..soklan aku berbunyi camni..

“Kita tau kan, mengaji quran tu perlu. Tapi camne lak kalau orang tu mengaji,tapi hukum tajwid langsung x betul. Bukan ke berdosa tuh? Sy pernah dengar, ada org cakap, lebih baik mengaji dari x mengaji langsung..masalahnya, boleh ke berfikiran macam tuh?kalau salah sebut, lain maknanya nanti..ni bukan perkara main2..jadi, apa pendapat En. Fakhrul?”

“Memang kita kena mengaji quran dgn mengikut hukum tajwid yg betul, sebab kalau kita baca salah, maksudnya akan jadi salah laa..sy akui, hari ni, ramai di kalangan umat islam sendiri yg xde nak ambil inisiatif tuk membetulkan bacaan al-quran. Sebenarnya xde alasan tuk diorg x belajar hukum2 tajwid dan mengamalkannya bila membaca al-quran. Awak nak tau kenapa?sebab kita masih mempunyai akal. Kita tak gila, kalau gila tu lainla ceritanya. Wajib sebenarnya bagi kita menuntut ilmu fardhu ain nih. Kalau kita baca dengan bacaan yg tak betul, maka sia2 je amalan kita dan kita takkan mendapat apa2. Lagi satu, pada tahap umur macam kita sekarang..adakah kita masih lagi di takuk membaca al-quran sebab nak khatam berkali2 lagi?kita bukan lagi kanak2..sepatutnya kita skang perlu mambaca al-quran sambil menghayati makna dan cerita yg disampaikan dalam al-quran tu sendiri. Barula kita dapat membentuk jiwa yg tenang dan dekat kepada Allah. Kalau x dapat baca terjemahan tu sekaligus pun, cubala baca sikit2 tiap2 kali lepas sembahyang. Insya-Allah, kita akan dapat ketenangan di situ.”

So, kawan2 seme, dah dapat apa point ke-5? Ke nak aku bagitau gak?hehe..tuk memudahkan korg, aku bagitaula point ke-5 coz cite ni ditulis dalam blog aku..so, aku bertanggungjawab dengan citer yg aku tulis..

Moral ke-5 : belajar tajwid, jgn main hentam & belasah je bila nak baca quran. Kita masih lagi berakal dan masih mempunyai peluang tuk betulkan apa yg x betul dalam bacaan al-quran kita. Lagi satu, kalau free & ada duit lebih dari gaji yg kita dapat tiap2 bulan tuh, ape salahnya laburkan sket kat kedai yg jual tafsir quran sebagai pelaburan awal kita mempersiapkan diri ke alam barzakh & alam akhirat kelak. Kalau beli benda2 lain kita cukup duit, jadi mengapa kita tidak berusaha untuk mencukupkan duit kita tuk beli benda yg lebih bernilai sebagai penaung hidup kita kat atas muka bumi nih?fikir2kan..& aku sebagai penulis yg juga bertanggungjawab berkongsi bersama input yg aku dapat ni juga akan mencuba ke arah itu..insya-Allah..

******

Hmmm..panjang dah esei aku tuk entry kali nih..tapi blum masanya tuk aku stop kat sini. Ada lagi 1 point yg aku kira penting gak tuk dikongsi ngn korg semua. Jom, kita baca apekah point ke-6 itu..

Sebenarnya point ke-6 yg aku nk citer kat sini ade kait-mengait dgn point ke-4 td..tp point ke-6 ni isunya lebih berat sket. Bagi aku laa..
Oleh itu, bermulalah cerita tuk point yg last nih..En. Fakhrul tanya aku..

"Awak rasakan, ramai tak orang yg bersyukur dgn apa yg dah diorg dapat dan kecapi hari ni? Berapa ramai org yg sujud bersyukur dgn nikmat yg dah Allah bagi pada diorg?berapa ramai org yang buat solat dhuha?berapa ramai org yg mintak kepada Allah supaya memberkati rezeki yg Allah bagi pada mereka?paling penting..berapa ramai org yg bayar zakat pendapatan?awak sekolah ihsan kan?tak semestinya org dari sekolah ihsan akan bayar zakat pendapatan..tak semestinya org dari sekolah khairiah akan bayar zakat pendapatan dan tak semestinya org dari maahad muhammadi akan bayar zakat pendapatan..awak percaya tak kalau sy cakap ramai org yg terlepas pandang dan ambik mudah hal ni?”

Hehe..soalan bertubi2 tu xla pulak aku jawab..aku jawab dengan sengehan yang kelat2 sket petang tuh..bila aku sengeh macam tuh..maknenye..banyakla hal2 yg disebutkan tuh terkena batang idung aku sendri..sebab tu aku senyap jer..huhu..En. Fakhrul kembali menyambung..

“Allah dah beri apa yg terbaik kepada kita. Kalau kita rasa apa yg kita dapat tu belum cukup baik, kita kena ingat..itu adalah ujian dari Allah. Katela awak dapat kerja gred 17 je, padahal sebenarnya awak ada diploma ataupun ijazah..adakah awak akan bersyukur? Berapa ramai org kat luar sana yg rasakan apa yg mereka dapat tu adalah sesuatu yg tak adil tuk diri mereka sendri. Padahal mereka bertungkus-lumus belajar tuk dapatkan diploma atau ijazah..tapi tiba2...tengoklaaa...dapat kerja yg gaji punyela sikit, tahap spm jer..cuba awak fikirkan..sepatutnya, janganla macam tu..sabarlaa..tak semua orang senang terus hidupnya..sebab tu sy cakap td..kita kenala byk2 mintak dgn Allah..buat solat hajat dan dhuha banyak2..tu baru sikit Allah uji, kita dah tak tahan...”

Aku hanya mengangguk dan dengar je tanpa banyak mencelah..tp betul apa yg En. Fakhrul cakap tuh..aku pun kalau xde org yg nasihat kat aku macam tuh, leh goyah gak aku nih..hmmm..En. Fakhrul ni macam tau2 je ape yg slalu menyerabutkan kepala otak & fikiran aku...dapat gak 1 solution tuk penyakit serabut jiwa dan otak aku petang tu..
Aku ingat dah abes..upe2nya ade sket lg peringatan yg aku dapat..baru je nak bangun..tapi x jadi..so, aku dudukla semula...

“Lagi satu, awak kena ingat..kita serahkan kepada Allah supaya mengatur rezeki yang kita dapat. Sy tau, skang ramai yg berhutang dgn ptptn laa..mara laa..mcm2 lglah..so, secara tak langsung..akibat beban hutang tuh, kita akan rasa apa yg kita dapat setiap bulan tu tak pernah cukup..kita doala kepada Allah...

“Ya Allah, engkau aturkanlah rezeki yg telah engkau berikan padaku dan engkau cukupkanlah ia sehingga aku mendapat rezekiku untuk bulan yang berikutnya”

Insya-Allah, kalau kita amalkan selalu di samping niat kita bekerja tu ikhlas semata2 tuk melakukan ibadah kepada Allah, sy rasa kita xde masalah tuk mengurus perbelanjaan kita tiap2 bulan. Pokok pangkalnya, kita harus berbalik semula kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Insya-Allah, selamatla hidup kita dunia akhirat..”

Hmmm...entah yg ke berapa kali..aku pun x sure, tp yg pastinya dah berkali2...semua point yg aku dapat tuh, termasukla yg last sekali nih mmg tepat2 dan terus-menerus kena kat muka aku sendiri..tapi xpe, tuk kebaikan, apa salahnya..Aku malas dah nk merepek panjang2 lak..so aku teruskan dgn moral terakhir tuk sesi tazkirah entry kali nih...

Moral ke-6 : bersyukur dengan rezeki yg Allah dah tetapkan dan berikan pada kita..sebab apa?sebab nasib baik kita bekerja (org yg menulis entry ni lum kerja lg tp sedang praktikal)..kalau nk dibandingkan dgn org yg x kerja, of course la hidup org yg bekerja tu jauh lebih baik, x kira la dia dlm jawatan dan gred apa pun..dan harus diingat, jangan sekali2 merungut, “duit x cukupla..nak bayar tu lagi, ni lagi, makan lg, bagi mk ayh lg..eeii...x cukupla..”. Paling penting..kita mohon pertolongan Allah supaya aturkan setiap sen yg kita dapat tuh agar menjadi lebih berkat & cukup dalam kita menjalani kehidupan seharian sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini...”

Fuhhhh...panjang sangat2 entry aku kali nih..kepanjangan karangan ni bukanla atas niat menunjuk2 sebab leh tulis panjang2..tapi atas niat dan sebab nak bayar hutang tagged cipah, nak kongsi bersama ilmu yg aku dapat, sebagai peringatan tuk kita yg selalu leka dan sebagai pedoman dan pengajaran tuk kita yg selalu terlepas pandang dalam hal2 yg x selalu dibangkitkan.

Aku rasa cukupla setakat ni esei aku tuk tatapan korg. Harap2 apa yg aku share dgn korg ni sedikit-sebanyak boleh memberi kebaikan dalam kita menjalani kehidupan sehari2. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan aku sendiri.

Sekian...

Wassalam.

5 comments:

nik said...

..mohon pertolongan Allah supaya aturkan setiap sen yg kita dapat tuh agar menjadi lebih berkat & cukup dalam kita menjalani kehidupan seharian sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini


“Ya Allah, engkau aturkanlah rezeki yg telah engkau berikan padaku dan engkau cukupkanlah ia sehingga aku mendapat rezekiku untuk bulan yang berikutnya"

kekadang diri yg jahil nih asyik merungut biler pikir soal duit..

Anonymous said...

salam,

you've been tagged!

cipz

MrsIS said...

kuang ajo ko cipah..bape kali ko nk tagged aku..suke ati aku la nk tulis mende pun nk bayo utang tagged ko..janji ko insaf..heheh..

mr.cape said...

cintailah penoreh getah.. buat la keje2 kampung yang sesungguhnya menghasilkan pendapatan lumayan. jadi jika inginkan sawit atau benih sawit..carilah mr.cape di blog atau sms dan call sahaja.. demi agama bangsa dan nusa..
yang menjalankan tugas..
Mr.cape crocodile hunter
Rias Mutiara Sdn Bhd.
*banyak2 la sabo wahai shariaah.. ni semua dunia je..hehehehehe

MrsIS said...

aku nak join bisnes ko leh?heheh..