"Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya. Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu. Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya." (At-Thalaq:4-5)

23 December 2010

Saya memang tak tahu malu...

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

22 December 2010

Geli..rasa nak sebat!

Pagi ni nak alihkan almari buku kat umah ni..nak letak kat penjuru ruang tamu depan..jadi, kerja2 mengemas pun dilakukan oleh saya seorang diri..bermula dengan menyapu sampah dulu..bangun je tido, saya tak makan tak minum dah...terus je ambik penyapu & sapu sampah..saya buat dulu sebelum mak membebel..mak saya suka membebel pagi2 kalau umah tak berkemas..hehe..jadi, sebelum suasana menjadi riuh rendah sekampung, baik saya buat dulu..kann..dah abes menyapu..baru saya breakfast..menu pagi ni ialah pau kacang merah & air teh o yang sgt panas sampai melepuh lidah nak minum..@___________@

dah abes makan tapi tak abes minum lagi sbb air tu terlampau panas sgt..saya pun ambik kain semalam yang tergantung kat kayu tu nak sidai kat luar sementara cuaca masih panas..almaklumlah, skang musim tengkujuh..basuh baju minggu ni..minggu depan baru kering baju tu..baru je sidai kejap..tak sampai sejam berlari gi angkat semula baju2 yang dijemur tu..ujan tibe2 lebat..mau tak basah semula baju tu kan..itula cabaran musim tengkujuh..

dah siap sidai baju..saya pergila kat almari buku ni..nak keluarkan semua buku2 kat dalam tu sebelum dialih ke tempat baru..disebabkan saya ni tak berapa rajin sangat dalam mengemas buku2 ni..jadi, saya ambik buku2 tu & campak je kat dalam besen besar yang dah sedia menunggu kat atas lantai..huh..what the kejamnye manusia ini..!abis dari satu rak ke satu rak saya campak buku2 tu..tibe2 sampai kat satu rak ni..baru je tangan nak 'kaut' buku2 tu..tibe2 ade makhluk yang tergolong dalam kategori yang saya sangat tak suke tibe2 menceceh menggelepar melarikan diri di celah2 buku tu..makhluk tu jauh beribu kali ganda lebih kecik dari saya..tapi dah menjadi lumrah alam..manusia seperti saya ni memang penakut & geli dengan binatang seperti itu..jadi, jantung saya berdegup dengan lebih kencang ketika itu sambil mulut ni menyumpah2 binatang tu..huh..what the mengom punye binatang ni..(jangan tiru aksi ini di rumah anda)..aduiii...sakit dada aku..(monolog dalam hati)

adoi..camne ni..nak ambik lagi buku2 tu takut nanti cicak tu ada lagi..aiseh..geramnye saya..haih..tiba2 mata teralih pada sekumpulan adik2 hanger kat dalam almari ni..saya ambik satu yang paling besar & panjang..untuk dijadikan senjata melindungi diri daripada anak cicak tu nanti..kenala berjaga2 kan..haih..rasa nak sebat je binatang ni..mainla kat tempat lain..dahla kecik, itam lak tu..skali saya libas dengan hanger ni mau putus ekor tu..huhu..tolongla adik cicak oii..larila dari situ..kerja2 saya tergendala disebabkan oleh kamu..huhu..saya ni penakut dengan spesis2 seperti kamu..spesis seperti kamu ni dahla liat..eii..geli..takleh describe lebih2..geli geleman ni..

jadi, saya pun tunggula kamu lari dari situ..saya ketuk2 sket buku tu dgn hanger..kononnya nak takut2kan cicak tu la..padahal sape sebenarnya yang penakut kat sini kan..rasa macam nak bersilat pun ada ni walaupun silat cekak hanafi yang saya belajar dulu tak khatam pun..baru sampai bunga ape tah..tak ingat dah..yang pastinya bunga yang saya belajar tu tak leh disamakan dengan bunga melur, ros, melati, orkid..waima bunga tayar sekalipun..=p
adoii..dah sakit perut dahni..lama punya pasal nak kena tunggu nih..tapi sempat lagi tulis entri ni..hehe..takpe..menulis sementara tengah ada mood biarpun cerita yang nak ditulis merapu meraban pagi2 ni..semuanya pasal cicak~~

haih..saya abeskan entri ni sampai di sini..nak tinjau2 berita terkini kat dalam almari tu..harap2 binatang tu ilang dah..janganla ada lagi pasni..saya malas da nak sakit jantung pagi2 ni..huhu..nampaknya saya akan sambung semula kerja2 yang tergendala..

sampai di sini dulu...daaa...

21 December 2010

Terkenang-kenang...

Teringat dulu2...sy suka dgr nasyid..antara kumpulan yg menjadi pilihan mestilah kumpulan inteam..sebab masa tu zaman budak2 lagi..muda remaja..inteam pun muda remaja lagi kan masa tu..hehe..memangla sy suka dgr nasyid..tp tak semuanya sy suka..kalau melodinya sedap..maka lagu tu lah yg akan menjadi pilihan sy..selain inteam, sy gak suka dgr lagu tajuk 'Sendiri' dari kumpulan Saujana..sy penah beli kaset UNIC masa belajar dulu..tapi tah ke mana hilangnya kaset tu..lgpun walkman dah rosak..tak leh dah nak pakai kaset tu..sebut pasal UNIC ni..sy suka sgt dgn lagu ni..tajuknya 'Sebuah Pertemuan'...sy suka melodinya..liriknya..sy rasa lagu ni dah lama sebenarnya..tp sy baru tau lagu ni pun baru je..dalam sebulan dua ni..tu pun lepas sy tengok video kenangan anak saudara sy kat facebook dia..masa sy tgk video tu..sy tak tau lagi apa tajuk lagu tu..tp sy tau lagu tu dari kumpulan UNIC..sy pun trus gooooooooooogle...akhirnya jumpa..legaaa...^_^

setakat ni la sy tak penah jemu lagi dengar lagu ni..rasa menenangkan gak bila dgr lagu ni..bagi sy la kan..bagi org lain tak taula..kita ni kan lain2..taste lain2..hehe..rasa susah ati..walaupun tak sesusah mana..sy dgr lagu ni..rasa gundah gulana..walaupun tak segundah mana..sy dgr lagu ni..rasa nak menyendiri..walaupun tak berapa nak sendiri..sy dgr lagu ni..hmm...nampaknya lagu ni benar2 melekat kat dalam jiwa sy..hurm...

ok la..ni la nasyid kegemaran sy skang..dipersembahkan lirik sahaja..Sebuah Pertemuan oleh UNIC...


SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

11 December 2010

kene tagged..

p/s: entri ni ditulis dengan jujur sejujur2nye..(^_^)..tiada unsur paksaan, rasuah, mahupun kipas angin mengangin..sesuai untuk bacaan umum dan diklasifikasikan sebagai U oleh penerbit sendiri..;)

~pendapat ttg blog yg tag blog ni

blog yg tag blog sy nih mmgla cantik. tak lain & tak bukan ialah blog nik. cantik dari segi gambar2nye, tulisannye, gaya bahasanye & macam2la..pendek kata semuanya ttg blog tu cantik. blog sy ni konfem xleh challenge dgn blog org2 yg terer IT apatah lagi org2 yg wat programming cam nik..(nama nik lg ditulis..=))
disebabkan sy ni tak bape nak terer sgt..so, thp kecantikan blog sy ni pun kiranya macam budak umo 4tahun yg baru nak masuk taska la jawabnye, hehe..ingin ditegaskan sekali lagi di sini..meter ape tu..nuffnang?haha..tu pun sy tak tau pe bendenye tuh..hehe..mujurla nak sebut tu tak terbelit lagi lidah sebab sy ni khatam skolah..kira terer sketla nak sebut tuh..haha..

cantik tu mmg subjektif. semua benda dijadikan cantik. tapi kalau pada pandangan kita, mungkin kita tgk tak cantik. tapi pada pandangan org lain, mungkin itu cantik..sebab tu la contohnye, kalau kite tgk pengantin yg nampaknye tak macam pinang dibelah dua, tapi lebih kepada pinang dihentak kapak..kita rasa cam tak sepadan je kan..tapi mungkin sebaliknya berlaku kepada pasangan mempelai..tu sebab mungkin mereka tak menilai cantik tu daripada rupa paras, tapi berdasarkan rupa paras hati masing2..kan..sama gak macam blog..kalo cantik lagi bagus..tapi kalo tak bape cantik macam blog sy, tak jadi masalah..yg penting content tu..ape pengisian yg nak ditulis..kan..yg penting dapat tulis isi hati..luahkan perasaan, komen dsb..tu dah memadai bagi sy..kalau sy bertapa selama beberapa tahun lagi tuk belajar ilmu IT, sy punakan touch up gak blog sy ni kasi merah2 delima merekah & perang keemasan gitu..tapi sy rasa macam dah tua nak bertapa terlalu lama..kederat pun banyak lagi perludikerah tuh wat pengisian yg lain..hehe..adeh...

~pengalaman manis

org kata kalo pengalaman manis ni, kita tak akan lupa sampai bila2..tapi sy susah nak describe pe maksudnya manis tu dalam hidup sy sebab sy rasa biasa2 je..mungkin dengan merasai kemanisan tu, sy akan bahagia kot..yes...itulah maksud pengalaman manis yg saya cari..oh tuhan! kenapa sy tak terfikir dari dulu???sungguh..sy tak tipu..sy baru faham & tau pe yg dimaksudkan dgn pengalaman manis semasa sy wat draft tuk entri kene tag kali ni..sekali lagi sy tersedar tentang perlunya sy mengingat momen2 berharga dlm hidup sy yg hanya berlaku sekali je..tak mungkin berulang pada masa yg akan dtg..erm kalo dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, mungkin pengalaman manis sebab mestila happy..kann..oho..itu adalah momen2 manis rupanya dalam hidup sy..yup..mmg sy happy sebab boleh request macam2 hadiah dari kakak2..masa skolah dulu sy request nak walkman..akhirnye dapatla satu..cap sony..hehe..

lagi??

masuk kolej, masuk U, masuk sana masuk sini (malas nak mention)..hehe..semua tu manis belaka..dapat kenal ramai kawan2 pelbagai peringkat umur..(yg sebenarnye kalo yg tua tu tak bape kamceng sgt pun sbb tak sealiran..huhu)..

laaagi???

banyak fasa sy tempuh sebelum sy kahwin..akhirnya sy kahwin..ya..kahwin..dulu sy ingat sy tak kahwin sebab sy takde pakwe..nak kawan dgn org laki pun sy rasa malas..tapi semuanya miracle..wahhh..tak sangkanya sy..hurmm..Allah Maha Kuasa penentu segala..pe yg indah & manisnya kahwin tu? malasla nak citer..nnt lagi berjela entri ni kan..pendek kata, ape yg berlaku ade kemanisan disebalik kepahitan..pergh..ayatku sasau jap..=p

~pengalaman pahit

pahit pun byk gak..kadang2 kalo nak cerita semua rasa macam tak bape sesuai lak..ada yg leh simpan dlm ati & ada yg leh diceritakan kepada umum..saat2 sukar dalam hidup, itulah yg pahitnya..tak mudah untuk ditelan tetapi terpaksa gak kene telan..kalo kemam kang muntah lak kan..hehe..kalo sesuatu yg terjadi tu pahit, terapi yg selalu org guna ialah menangis..menangis ni pun byk caranya..jgnla nangis depan org..jatuh maruah kan..slalu org nangis dalam bilik air masa mandi..masa nak tidur, sambil telangkup muka dgn bantal..kan..haha..sy pun slalu gak gitu..hehe..kecik2 dulu slalu kene rotan dgn mak..masa tu slalu la sy nangis..pastu tak lulus test kete..nangis gak..adusss...napela sy nangis yek..nangis sebab duitku akan melayang lagi..huhu..

pe lagi yg pahit ek?byk yg sy lupa sebab sy malas nak ingat yg pahit..kalo ingat yg pahit hatiku akan jadi remuk rendam..haha..takdela..sbnrnya tak tau nak tulis pe pasal pengalaman pahit nih..xpela..bia sy simpan jek utk kenangan sy..hehe..

~impian yg blum tercapai

banyak..memang banyak..dari segi aset..segala jenis aset masih lagi kabur2 nih..hehe..tapi sy harap satu hari nanti sy ada rumah sendiri..nak decorate sendri umah cantik2..nak pakai kereta impian..hurm..nak ada anak2 soleh & solehah..nak g haji..nak g melancong..nak g india (tgk realiti hidup masyarakat kat sana)..macam2 lagila..alhamdulillah saya dah berkeluarga, cuma tak ada anak je lagi..takpe..mungkin coming soon..hingga kini sy masih berusaha utk kesemuanya..kesemua yg diperlukan dlm hidup sy & keluarga sy..mudah2an dipermudahkan segala2nya..semoga Allah melimpahkan rezeki & rahmat buat sy..dengan izinNya..ameen..

~puas hati ke dgn kehidupan sekarang?

alhamdulillah..susah sy nak cakap puas ke tak..tapi sy patut bersyukur..kadang2 kalo sy rasa susah, ada org lain yg lebih susah..jadi sy mmg patut bersyukur..kalo diikutkan selagi byk benda yg tak tercapai, selagi itulah sy tak puas..tapi kalo tak dapat apa yg diinginkan..hmm..tu la ujian..jadi kene redha & terima disamping usaha yg berterusan..kan..so far..sy puas ati dgn apa yg ada skng & memasang niat utk memperbaiki apa yg sy ada dr masa ke semasa agar bertambah baik untuk manfaat seisi keluarga..hopefully laaa...

~5 org utk di tag..

hmm..yg ni payah sket..sbb sy tak tau nak tag sape..kang tag org yg same kang sampai sudah asyik wat benda yg same je kan..hehe..sy tak nak nnt ade org baling laptop sebab tension dgn tugas yg diberi..haha..kira halal laaa...sy tak tag sape2 pun..oke?

akhir kata..bacalah dgn berhemah sebab sy pun tak tau kenapa masa sy tulis entri ni tiba2 je sy jadi sopan santun yg amat..hehe..kalo sudi mengomen..dialu2kan..nak membebel pon lagi bagus..heheh..

sekian..


15 November 2010

la' tahzan...

dulu dah janji..xpe kan..
dulu dah janji..xpe..redha kan...
dulu dah janji...xpe...jangan sedih2 kan...
dulu dah janji...
dulu dah janji...
dulu dah janji...

mane janji2 itu...la' tahzan....

saya xleh berjanji untuk la' tahzan...
saya xleh tunaikan janji saya...
tidak boleh tidak..saya mesti akan tahzan..

saya tahzan utk kesekian kalinya..
utk yg keberapa tah..

la' tahzan...insyaallah..

10 November 2010

Salah tekak @ perasaan...?

haihhh lagi..tekak rasa nak makan macam2...rasa nak makan mi sup yg sedap, laksa penang yg sedap, kopok lekor yg sedap...haihhh...makanan feveret aku tuh...haihhh...serabut memikir ni yg watkan aku rasa nak makan macam2 nih...bukan arini je..tapi dari smlm & kelmarin lagi..walaupon x rasa lapar..tapi aku ttp rasa nak makan macam2 gak...haihhh...perasaan apekah ini...aku x suke...haaaaihh...

aku pk2 smula..kalo nak wat mi sup..aku xbape cukup bahan nak wat..kat dapur tu cuma ada bihun, ayam cincang, kiub ayam, lada itam..hmmm...tu je..sayur2 pun xdek..tapi tringin nak makan nih..huhu...aisehh..ngidam lak..huhu...

bosannye..ari2 disebabkan malas..aku just masak nasi, sup ayam, telor dadar..tu je yg ringkas..xyah nk tumis beria..jimat masa..tapi kalo ari2 makan benda yg same..leh muntah aku..kang tak pasal2 org ingat aku ni pregnant lak..haihhhh...

disebabkan serabut dalam pale gini..keenakan laksa penang yg dijual di pasar malam mula menjengah ke dalam kepala aku...pergh..kalo dpt semangkuk dua time2 tgh bernafsu nak makan ni mmgla tersangat best..huhu..tapi apekan daye..apa yg difikirkan x mampu tuk digapai sebab arini dah takde pasar mlm...huhu..haihhh...ngeluh lagi aku ni...hmm..gitula sudohnye...

sambil2 tulis entri ni sambil2 tgk resepi..manela tau kot2 berkenan..tp xlak jumpe yg berkenan..camno tu??huhu...
tapi tibe2...YESSSS...!masalah dah setel..hehe..tapi perasaan aku mengatakan aku nak gak makan makanan yg aku listkan kat atas tuh...huh..mane nk carik keporok sedap?soal keporok mmgla tak jumpe melainkan aku mencari keropok...huhu...typing error lak..tapi kan, ada gerai kopok yg kat taman tas tu yg sedap sgt2..bagi akula...sampaikan aritu mase nak balik kuarters, aku suhla laki aku g beli..aku suh die beli singgit je..singgit kopok n singgit goreng pisang..skali makan...perghh..sedap gle kopok tu..nyesal bli singgit..sampaikan aku rase xnak bagi laki aku makan..aku nak bolot sorg jek..haha..penamok sunggohlaa..dah abes makan kopok..aku makan lak goreng pisang..skali cube...aisehhh..sedap gak..ada manis2nye..ade lembut2nye...sungguh rangup...yg tu pun aku rase macam xnak bagi sket kat laki aku..rase cam nak makan sorg..ahaks..tapi sebab sian kat dia yg tolong bli n tolong antar aku balik..aku bagila sekerat...hahaha...

haihhh..terbayang2 keenakan makanan ni...sedapnye...rasa macam nak hentam semua..huhu..tapi mase tgh lapar mmgla nk hentam semua..tapi bile perut dah masuk angin @ dah kenyang...mase tu,makanan pun cam xsudi nak dipandang..hehe..

dalam kepala skng ni xhenti2 pk nak makan apa pasni..kat sini xdak supermarket..kalo ada, dah lame aku g cari bahan2 yg xcukup kat situ..adehhh...kelaparan mula melanda..kang ade aku g makan kat kedai abg manis kang..tp dulu makan ade geng..skng xdak geng nak diajak..huhu..seganla lak...adushhh...aku xleh nk pk benda lain dah ni..terasa kelaparan melanda ke tahap zaman pertengahan dahni...sib baik jap lagi nak balik dah...sempat lagi nak pk ni..

hahh..aku dah tau..g bli mi sup kat kedai lori yg akak kat sini cakaplaa...nak try..dia kate sedap...harap2 sedapla...mengidam ni wehh...adehhh...


Tumpang @ sendiri...?

haih...rasa susahnye..susah nak wat keje kalo xde kenderaan ni..malas nk tumpang org..kalo aku very frendly dgn org tu xpela..masalahnye kalo xbape nk frendly dgn org tu..nk tumpang pun segan..berat jek mulut ni nk gtau yg aku ni nk tumpang dia..haihhhh....susahnye kalo patah kaki ni...huhu..

adushh...nk berulang untuk sehari je..boleh je bg aku..tp org lak yg xcaye kat aku..haihh...aku mengeluh untuk kali yg keberapa tah...ni baru kat dlm ni..lum termasuk yg xtulis kat dalam ni lagi...haih..haihhh...haihhhh..haihhhhhhh....malasnye...rasa xsenang dgn situasi yg berlaku skng nih...haihhh lagi...sudahnye mengeluh jela keje aku kan..hehe...

nk pinjam kete housemate ni boleh jek...tapi nk kene drive mlm mslhnye...ada brani kah aku?brani kot kalo time tu byk lg kete2 seangkatan dgn aku kat jalan yg sunyi sepi & gelap gulita tu..huhu..balik mlm tah kul bape..kene lak lalu kat jalan yg kiri kanan tu ladang kelapa sawit sejauh 30km...erkk..patutkah aku?haihhh...masalah kecik je ni bg org len..tp kadang2 pd pandangan org mmgla kecik..tp bagi aku..ini masalah sederhana kecik...huhu..perlu dipandang berat gak ni..walaupun xdela sampai dipandang serong atau serius..huhu..haihhhh...

ape agaknye keputusan terbaik aku nak watni?aku rasa aku macam lebih berat kepada nak pinjam kete kawan n drive sendri g tempat tu..malas nk tumpang org sebab nnt mesti kene frendly kan mulut tuk berborak n beramah mesra..aku ni dahla malas nk wat sume tu...nnt byk lak kene intebiu...haihhh...naseb2...

ermm..papepun keputusannye..esok tetap ku tempuhi jua...sob..sob..